fbpx

‘Menjunjung kasih’ – Nelydia bersyukur suami dapat pangkat Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Nelydia Senrose menzahirkan kesyukuran dengan penganugerahan darjah kebesaran kepada suaminya, suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Nelydia atau nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 30, berkongsi ucapan penghargaan dalam Instagramnya atas limpah perkenan Al-Sultan Abdullah mengurniakan darjah kebesaran buat teman hidupnya itu.

“Merafak sembah serta menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 kepada suami tercinta @mhafezhalimi,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu turut berkongsi beberapa foto ketika di majlis berkenaan termasuk bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kelmarin, Kesultanan Pahang melalui kemaskini di Facebook (FB) berkongsi, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 58 individu pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, di Kuantan.

Menerusi kemaskini, Mohd Hafez juga Pengerusi Fezka Holdings Sdn. Bhd. menjadi antara individu yang dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Selain Nelydia, kakak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Yatie Kamarzaman turut bergelar Datin selepas suaminya, Mohamad Zaidi Aziz dianugerahkan darjah kebesaran sama.

Terdahulu, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu mendirikan rumah tangga dengan usahawan terbabit pada 6 April 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI