fbpx
RADUCANU berbangga kerana berjaya melepasi cabaran sengit daripada Sakkari di suku akhir Terbuka DC awal pagi tadi. - AFP

‘Panas seperti kepala dalam ketuhar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Emma Raducanu hanya tinggal satu kemenangan lagi untuk menamatkan kemarau final Jelajah WTA sejak 2021 selepas mengejutkan pilihan kelima dari Greece, Maria Sakkari 6-4, 7-5 dalam cuaca terik di Terbuka DC awal pagi tadi.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021 itu mara ke separuh akhir pertama musim ini yang merupakan kejohanan kedua disertainya sejak pulih daripada tiga pembedahan serentak di tangan, buku lali dan kaki kiri tahun lalu.

“Ia antara perlawanan paling mencabar pernah saya lalui. Rasanya macam kepala dimasukkan ke dalam ketuhar. Saya pening sedikit pada set kedua dan terpaksa panggil doktor, tapi saya bangga dapat tamatkan dalam dua set,” kata Raducanu.

Dengan suhu mencecah 35 celcius, ketahanan fizikal Raducanu benar-benar diuji, namun dia tetap tenang selepas rawatan perubatan dan memenangi lima permainan terakhir untuk menempah slot ke separuh akhir.

“Sampai satu tahap saya terlalu letih sampai tak tahu apa perlu dibuat. Saya cuma fokus dan cuba jimat tenaga,” katanya yang sebelum ini menyingkirkan Naomi Osaka di pusingan kedua.

Raducanu akan menentang pemenang Anna Kalinskaya pada aksi separuh akhir, manakala satu lagi slot ditentukan antara Leylah Fernandez dan Elena Rybakina atau Magdalena Frech.

Fernandez, musuh lamanya di final Terbuka AS 2021, mara selepas menundukkan Taylor Townsend 6-4, 7-6 (7-4) meskipun bergelut dengan kekejangan kaki.

Juara tiga kali Jelajah WTA itu dijangka menguji ketahanan pilihan ketiga, Rybakina atau cabaran luar jangka daripada Fernandez dengan peminat mula membayangkan ulang tayang final klasik AS 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI