fbpx
SEBUAH objek misteri (dalam bulatan) yang mungkin pesawat makhluk asing. - Foto K Ly/Deep Random Survey/SWNS

Ahli fizik dakwa objek misteri bakal serang Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Sebuah objek misteri sebesar bandar Manhattan di Bandar Raya New York, didakwa mungkin kapal angkasa milik makhluk asing, lapor portal berita The Mirror yang memetik satu kajian baharu.

Kajian itu ditulis oleh ahli fizik terkenal Universiti Harvard, Avi Loeb bersama Adam Hibberd serta Adam Crowl daripada Pusat Kajian Inisiatif Antara Bintang di London.

Menurut kertas saintifik mereka, objek angkasa lepas dinamakan  3I/ATLAS itu mungkin teknologi asing dan boleh melancarkan serangan mengejut ke atas planet Bumi.

Awal bulan ini, pakar-pakar mengesahkan penemuan objek itu yang meluncur melalui Sistem Suria pada kelajuan luar biasa.

Objek 3I/ATLAS  dipercayai berasal dari sistem bintang yang jauh dan bergerak pada kelajuan lebih 60 kilometer sesaat.

Ia pertama kali dikesan pada 1 Julai lalu oleh sebuah teleskop di Río Hurtado, Chile. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI