fbpx
Gambar hiasan

Tempoh bayaran caruman Perkeso dilanjutkan kepada 19 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengumumkan tarikh akhir bayaran caruman bagi Ogos 2025 dilanjutkan kepada 19 September.

Perkeso menerusi kenyatan memaklumkan, pelanjutan tersebut susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan cuti umum tambahan pada 15 September 2025 sempena Hari Malaysia.

“Pelaksanaan inisiatif ini antara lain bagi memberi kelonggaran kepada majikan yang mungkin terkesan dengan cuti hujung minggu yang panjang.

“Untuk rekod, semua majikan perlu membayar caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969(Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800), selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya,” kata Perkeso hari ini.

Selari antara prinsip 3K Kementerian Sumber Manusia iaitu kebajikan pekerja, langkah ini diambil sebagai sokongan kepada pengisytiharan cuti umum tambahan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri semalam.

Dalam pada itu, pihak majikan yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan 1300 22 8000 atau layari laman sesawang www.perkeso.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI