fbpx
EDERSON

Man. City tak minat lepaskan Ederson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City mahu mengekalkan penjaga gol utama mereka, Ederson meskipun menerima desakan daripada gergasi Turkiye, Galatasaray yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan, Galatasaray telah mencapai persetujuan terma peribadi dengan penjaga gol berusia 31 tahun itu dan yakin mereka mampu menandatangani bintang Brazil tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini.

Begitupun, City dikatakantidak berminat untuk melepaskan Ederson walaupun pemain itu telah memasuki tahun terakhir kontraknya di Stadium Etihad.

Situasi itu meletakkan City berpotensi kehilangan Ederson secara percuma musim depan, namun The Citizens dilaporkan sanggup mengambil risiko demi mengekalkan kestabilan di posisi penjaga gol.

Jika perpindahan itu berlaku, City mungkin mempertimbangkan untuk membawa semula bekas pemain muda mereka, James Trafford yang kini beraksi bersama Burnley.

Sebagai rekod, Ederson sebelum ini menafikan spekulasi perpindahan dengan menyifatkan khabar angin itu sebagai berita palsu. namun, tawaran rasmi daripada Galatasaray mampu mengubah pendirian semua pihak.

Pada musim panas lalu, Ederson pernah menerima tawaran lumayan daripada kelab Liga Pro Arab Saudi, namun memilih untuk kekal bersama The Citizens.

Sejak menyertai City pada 2017, Ederson telah membuat 372 penampilan dan memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan meraih pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah.

Walaupun City telah menandatangani penjaga gol baharu, Marcus Bettinelli daripada Chelsea, kehilangan Ederson bakal menjadi tamparan hebat kepada pengurusnya, Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN