fbpx
PEMANGKU CEO MFL, Mohd Shazli Shaik (dua dari kiri), Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (kiri) dan Ketua Pegawai Perkongsian Strategik Genius Sports, Steven Burton (dua dari kanan) pada Majlis Pengumuman Kerjasama Strategik MFL & Genius Sports, hari ini.

Tiga kelab kena cari venue alternatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga kelab, Kelantan The Real Warriors (KTRW), DPMM FC dan Imigresen FC perlu mengemukakan venue alternatif kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi memudahkan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu membuat penjadualan penuh.

Ia berikutan venue KTRW di Stadium Sultan Muhammad IV, Stadium Nasional Hassanal Bolkiah (DPMM FC) tidak dapat digunakan sepanjang Ramadan, Mac ini.

Manakala Stadium Batu Kawan (Imigresen FC) tidak memenuhi spesifikasi untuk bermain pada sebelah malam dan perlawanan di venue itu hanya boleh dilangsungkan sebelah petang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd, berkata kelab berkenaan diminta mengemukakan cadangan gelanggang rasmi yang akan digunakan sepanjang bulan puasa.

“Kita telah memaklumkan kepada beberapa kelab iaitu DPMM FC, KTRW dan Imigresen FC. Jika dilihat pada jadual yang telah kita keluarkan, kelab-kelab ini akan bermain sebagai pasukan tuan rumah di bulan Ramadan.

“Kita pun sedia maklum stadium di Kota Bharu tidak dapat digunakan, sama juga dengan DPMM FC dan Stadium Batu Kawan yang tidak lagi boleh melangsungkan perlawanan pada sebelah malam.

“Kita telah memaklumkan kepada kelab untuk menamakan venue alternatif untuk kita membuat penjadualan bagi perlawanan di bulan Ramadan,” katanya pada Majlis Pengumuman Kerjasama Strategik MFL & Genius Sports.

Sistem Football LiveStats oleh Genius Sports akan merekod dan mengedarkan statistik rasmi perlawanan dari setiap perlawanan, sekali gus menyediakan kemaskini secara langsung kepada peminat bola sepak Malaysia melalui laman web, siaran langsung dan platform media lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN