fbpx
ARSENAL kini berada di Singapura untuk aksi pramusim menentang AC Milan semalam dan Newcastle United pada 27 Julai ini. - ARSENAL FC

EPL: Arsenal antara 9 pencabar utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) musim baharu kali ini dijangka lebih menarik apabila sekurang-kurangnya sembilan pasukan mampu tampil sebagai pencabar kejuaraan.

Selepas melakar hatrik naib juara pada tiga edisi berturut-turut sebelum ini, pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut menyenaraikan pasukannya antara pencabar dan menaruh keyakinan aksi kali ini akan menjanjikan kualiti lebih baik mampu dijelmakan oleh The Gunners.

Pasukan seperti juara bertahan, Liverpool, Manchester City dan Chelsea turut berbelanja besar untuk memperkukuhkan pasukan, namun Arteta sekali lagi tidak pernah rmeragui kualiti yang ada pada pemainnya untuk menjulang kejuaraan.

“Setiap tahun kita kena lihat perkembangan tetapi saya sudah menyaksikan keseimbangan, kematangan, pengalaman, kemahuan dan semua perkara ini kami sudah ada.

“Terdapat enam, tujuh atau lapan kelab lagi yang mempunyai resipi untuk bergelar juara, namun akhirnya hanya satu yang lebih layak.

“Jadi kami hanya perlu fokus kepada perkara mampu dikawal dan apa yang boleh kami lakukan untuk mencapai sasaran pada akhir musim nanti.

“Kami kena lebih kompetitif setiap musim kerana tahap permainan sentiasa meningkat. Kami tahu tuntutan akan hadapi di mana kami juga cukup aktif dalam pasaran perpindahan pemain,” katanya.

Baki empat lagi pasukan dirasakan mampu mencabar kejuaraan seperti Aston Villa, Newcastle United, juara Liga Europa, Tottenham Hotspur serta Manchester United biarpun kelab itu berada di kedudukan ke-15 musim lalu.

Kesungguhan Arsenal menamatkan penantian menjuarai EPL terserlah apabila membawa masuk beberapa pemain tambahan seperti Martin Zubimendi, Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard, Noni Madueke dan terbaharu, Christian Mosquera serta Viktor Gyokeres. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN