fbpx
Nie Ching ketika sesi MQA di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

Dewan Rakyat: 121 iklan palsu guna nama PM, Agong dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan 121 kes iklan penipuan menggunakan nama individu berprofil tinggi di platform media sosial setakat ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, antara individu ternama yang pernah digunakan dalam iklan penipuan termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teo berkata pengendali platform media sosial seolah-olah menjadi bersubahat dalam aktiviti penipuan iklan apabila beliau sendiri menjadi mangsa dalam hal sedemikian menerusi Facebook baru-baru ini.

“Kebelakangan ini banyak iklan penipuan di Facebook, kononnya saya nak beri buku secara percuma sebanyak 2,000 naskhah. Jadi, saya minta MCMC buat laporan kepada Meta dan satu iklan diturunkan tetapi iklan kedua dinaikkan.

“Kemudian iklan ketiga juga dinaikkan hinggalah pagi tadi saya terima mesej daripada pengundi bahawa iklan itu masih ada dan ia adalah iklan yang keenam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI