fbpx
EKKARIN disyaki mengambil dadah. - Foto Khaosod

‘Rider’ ditahan miliki pil ekstasi wajah Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – Seorang penghantar makanan bermotosikal di Thailand ditahan kerana memiliki pil ekstasi berbentuk seperti wajah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor portal berita MSNews hari ini.

Polis melakukan pemeriksaan terhadap suspek yang dikenali sebagai Ekkarin,35, apabila dia berkelakuan mencurigakan dan cuba mengelak pemeriksaan trafik di daerah Wang Thonglang, Bangkok semalam.

Semasa menahan suspek, polis turut menemui 59 pil ekstasi, bersama barangan lain.

Ketika disoal siasat, suspek berkata,  dia bekerja sebagai penghantar makanan dan  membeli dadah itu untuk kegunaan sendiri.

Pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan niatnya untuk mengedar dadah.

Ekkarin didakwa memiliki pil ekstasi, mengendalikan motosikal semasa di bawah pengaruh dadah dan menggunakan narkotik secara haram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI