fbpx
MALAYSIA (jersi kuning) gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala ASEAN B-23 apabila seri tanpa jaringan dengan Indonesia kelmarin. - MALAYSIA NT

Cetek pengalaman punca B-23 kempunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD bawah 23 tahun negara (B-23) digesa untuk melupakan ‘episod hitam’ selepas gagal mencapai sasaran selepas terkandas pada peringkat kumpulan Piala ASEAN B-23 apabila menduduki tangga ketiga Kumpulan A.

Harapan pasukan muda Harimau Malaya untuk lolos ke separuh akhir tidak berjaya apabila seri tanpa jaringan menentang tuan rumah, Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin.

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain mengakui pengalaman cetek di peringkat antarabangsa menjadi punca barisan pemain gagal menyerap tekanan sekali gus tidak beraksi seperti diharapkan pada kejohanan berprestij kali ini.

Katanya, persiapan lebih baik perlu dilakukan pada baki dua kejohanan utama bakal diharungi tahun ini seperti kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan temasya Sukan SEA Thailand 2025 jika tidak mahu kegagalan sama berulang.

“Saya nampak dari segi persediaan, kita perlu rancang dengan baik terutama pemain kita mungkin kurang pengalaman di peringkat antarabangsa. Kita tahu untuk bermain di peringkat antarabangsa, kematangan amat perlu untuk kita bersaing dengan pasukan lain.

“Pemain agak gopoh dan saya merasakan kami belajar banyak perkara daripada kejohanan ini (Piala ASEAN B-23),” katanya.

Mengulas mengenai prestasi pasukan, Nafuzi tetap memuji barisan pemain kerana mampu mengekang asakan tuan rumah sekali gus mengelak daripada ditewaskan.

“Dari segi untuk layak ke separuh akhir, kami gagal dan kecewa. Namun, dengan permainan yang ditunjukkan malam ini (kelmarin), walaupun keputusan seri 0-0, saya begitu berbangga dan berpuas hati.

“Kalau kita tengok bukan senang bermain dengan Indonesia di hadapan penyokong mereka, tapi kami dapat menyerap tekanan pihak lawan. Kalau kita tengok, Indonesia tidak mempunyai banyak peluang, cuma lontaran ke dalam yang nampak berbahaya.

“Kami ada mencipta peluang, memang kami perlu menang dan kami bermain untuk menang. Pada masa sama kami juga tidak mahu tewas perlawanan ini,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara menggumpul empat mata, dua di belakang Filipina yang menghuni tangga kedua, manakala Indonesia muncul juara kumpulan dengan tujuh mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI