fbpx
Gambar hiasan

‘Isteri tanya, aku jawab…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Isteri aku pernah tanya kalau dia mati, aku nak kahwin lagi ke. Aku jawab tak nak.”

Itu antara perkongsian seorang lelaki apabila disoal pasangannya tentang isteri baharu jika dia meninggal dunia.

Individu itu mendedahkan, pengakuan itu dibuat memandangkan dia ‘malas’ untuk memulakan keseluruhan proses berkenalan dengan pasangan dan keluarga baharu sekali lagi.

“Aku malas nak bergaduh tentang hal-hal remeh. Aku malas nak uruskan bayi sebab dah puas uruskan tiga-tiga anak aku sejak hari dia orang lahir.

“Aku dah 43 tahun, nak tenang-tenang je. Tidur lagi seronok,” katanya yang menggunakan profil @amrulandco di media sosial.

Hantarannya itu mengundang pelbagai respons orang ramai, malah ada yang turut ‘meragui’ pendedahannya itu.

“Sudah la bang. Bapak saya umur 75, mak saya meninggal dunia tak sampai enam bulan dia dah kahwin baru. Padahal masa arwah mak masih sakit bukan main dikata tak mahu menikah, nak fokus ibadah di hujung nyawa,” kongsi @norsyafafwati.

“Bini aku pernah tanya soalan tu dekat aku. Aku jawab, ‘Awak dah mati, buat apa nak sibuk’,” ujar @anez_lee.

“Kalau janda tak ada anak dan dah tak nak beranak okey ke? Umur lebih kurang kau je, tapi masih cun la, amacam?,” soal @abdulrahim1606. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI