fbpx
Gambar hiasan

Audit Negara: Penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan terdapat kelemahan dalam pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, keadaan itu berlaku walaupun terdapat usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk terus mengurangkan kuota bekalan minyak masak bersubsidi sedia ada.

“Masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan program minyak masak bersubsidi. Antaranya, tiada penetapan agihan minyak masak kepada golongan sasaran yang memerlukan dan layak diberi bantuan.-

“Usaha KPDN untuk mengurangkan kuota bekalan minyak masak bersubsidi sejak 2016 wajar diteruskan. Tindakan tersebut dapat memberikan impak positif dalam usaha membanteras ketirisan melalui pengedaran yang lebih bersasar selaras dengan syor audit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Suraya berkata, terdapat kelemahan dalam pematuhan terhadap perolehan tender terbuka pra kelayakan terpilih (Pre-Q).

Jelasnya, kaedah perolehan Pre-Q terpilih merupakan kaedah perolehan baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) kepada semua kementerian dan agensi kerajaan.

Menurutnya, syarikat yang disaring dan lulus tapisan pada Peringkat Pertama akan dipelawa menyertai tender terbuka pada Peringkat Kedua.

Ujar beliau, kaedah perolehan itu bertujuan memastikan syarikat yang dipilih adalah kompetitif dan berdaya saing.

“Berdasarkan penemuan audit, wujud ruang manipulasi dan ketidaktelusan dalam pemilihan syarikat. Ini kerana terdapat syarikat yang tidak memenuhi kriteria penilaian pada Peringkat Pertama atau tidak dipelawa, tetapi terpilih dan dinilai pada Peringkat Kedua.

“Proses perolehan juga mengambil masa yang lama dan melebihi tempoh ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN