fbpx
SEBUAH kedai serbaneka runtuh ke dalam sebatang sungai akibat hujan lebat di daerah Gapyeong hari ini. – AFP 

Korban hujan lebat di Korea Selatan meningkat 14 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam kejadian hujan lebat di Korea Selatan hari ini, kata kementerian dalam negeri, menjadikan korban meningkat kepada 14 orang  minggu ini.

Jumlah kematian dijangka terus meningkat, dengan 12 orang masih hilang selepas lima hari hujan lebat berlaku.

Taburan hujan hampir 170 milimeter melanda daerah Gapyeong, wilayah Gyeonggi yang terletak 70 kilometer ke timur Seoul awal hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut dan empat lagi hilang.

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an terbunuh apabila rumahnya ditimbus tanah runtuh, manakala mayat seorang lelaki berusia 40-an ditemui berhampiran sebuah jambatan selepas dia lemas, lapor agensi berita Yonhap.

Angka kematian akibat hujan lebat selama lima hari kini sekurang-kurangnya 14 orang, demikian menurut data rasmi.

Kebanyakan kematian berlaku di daerah selatan Sancheong yang menyaksikan hampir 800 milimeter hujan turun sejak Rabu lepas.

Dua mayat ditemui di sana awal hari ini semasa operasi mencari dan menyelamat, menjadikan jumlah kematian di daerah luar bandar berpenduduk 33,000 itu meningkat kepada lapan orang, dengan enam lagi masih hilang.

Korea Selatan mengalami hujan monsun pada bulan Julai dan lazimnya mengadakan persediaan rapi. Bagaimanapun minggu ini, wilayah selatan negara itu dilanda hujan sangat lebat di luar jangkaan pihak berkuasa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI