fbpx
STERLING sudah tidak mempunyai peluang di Chelsea apabila dia berada dalam senarai pemain yang tersisih daripada perancangan Maresca. - AFP

EPL: Chelsea letak tanda harga Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea dilaporkan sedia melepaskan khidmat pemain sayapnya, Raheem Sterling pada harga serendah £20 juta (RM113.77 juta) selepas dia tidak lagi berada dalam perancangan pasukan itu.

Pemain berusia 30 tahun itu melalui tempoh yang sukar selepas berhijrah ke Stamford Bridge dan terpaksa dilepaskan ke Arsenal sebagai pemain pinjaman musim lalu, namun terus gagal untuk menemui semula sentuhan terbaiknya.

Situasi itu menyebabkan Chelsea tidak bersedia untuk terus ‘menyimpannya’ selepas turut berjaya mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain di posisi serangan sekali gus menyebabkan Sterling dijangka terus tersisih.

Biarpun sudah meletakkan tanda harga berkenaan, Chelsea gagal menerima sebarang tawaran menyebabkan ramai pihak berpendapat bahawa destinasi terbaik seterusnya untuk karier Sterling adalah Arab Saudi.

Bagaimanapun, pemain berkenaan dilaporkan memilih untuk kekal di London dan Chelsea mengharapkan Crystal Palace kembali menghidupkan minat mereka untuk mendapatkan Sterling selepas mereka cuba melakukannya pada musim panas tahun lalu.

Sementara itu, beberapa lagi pasukan yang berpangkalan di London, West Ham United, Fulham dan Brentford berpotensi menjadi kelab baharu Sterling, namun belum ada sebarang bidaan dilakukan setakat ini.

Pengendali Chelsea, Enzo Maresca menamakan beberapa pemain yang tidak lagi diperlukan di Stamford Bridge antaranya, Christopher Nkunku, Joao Felix, Ben Chilwell serta Sterling yang dibenar untuk mencari pasukan baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI