fbpx

Minggu Perpaduan penting dalam usaha keharmonian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina turut hadir pada majlis yang dirasmikan Perdana Menteri semalam.

PETALING JAYA- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Perpaduan Negara atas penganjuran Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni.

Menurutnya, acara yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu amat penting dalam usaha menyemarakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia.

“Minggu Perpaduan yang mengangkat tema ‘Harmoni Dalam Kepelbagaian’ merupakan wahana penting dalam menerapkan prinsip asas faham, hormat dan terima, ke arah mengukuhkan integrasi nasional dan perpaduan rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Fadhlina, kepelbagaian yang wujud di Malaysia adalah satu bentuk kekuatan dan kekayaan sekiranya dapat diuruskan dengan baik.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap pesanan ayahandanya, Allahyarham yang banyak memberi sumbangan pemikiran dalam menangani isu kepelbagaian serta konsep kesatuan.

“Almarhum ayahanda saya sering menekankan konsep ‘Taaruf’ atau saling mengenali – sebagai asas kepada penghormatan dan kehidupan bersama dalam damai,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat agar terus menghargai kepelbagaian dan memperkukuhkan perpaduan demi keharmonian dan keamanan Malaysia tercinta.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI