fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang pengawal keselamatan yang tertidur sewaktu bertugas akibat terlalu penat

Pengawal keselamatan tertidur sebab beban kerja berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang pengawal keselamatan yang tertidur ketika bertugas mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Threads, lelaki berkenaan dilihat tertidur di atas kerusi hingga hampir terjatuh ke lantai, dipercayai akibat terlalu penat.

Difahamkan, individu terbabit terpaksa bekerja tanpa cuti mencukupi dan perlu menjalani jadual kerja yang padat.

“Kesian mereka, kadang-kadang ada yang bekerja sehingga 14 hari tanpa cuti, bekerja seharian selama 12 jam,” ujarnya dalam klip berkenaan.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang
ramai menzahirkan simpati terhadap nasib petugas barisan hadapan itu yang sering diabaikan dari segi kebajikan dan waktu rehat.

“Betul itu. Pengawal keselamatan kelas berenang anak aku pun macam ini. Dia pun akhirnya sudah tidak tahan. Hari-hari kerja tiada bayaran,” ujar Ameirafiq.

“Ada saudara kerja pengawal keselamatan. Kerja 12 jam sehari, dua kali cuti sebulan, bekal bawa setiap hari sebab rehat pun sekejap sahaja,” komen SSFF_100.

“Kadang kesian telefon pun tak bagi main. Nak mereka tenung apa? Bukan ada apa-apa pun,” balas Mhdzrlslh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN