fbpx
ROGERS memiliki tanda harga sebanyak £80 juta untuk Villa bersetuju melepaskan khidmatnya. - AFP

EPL: Chelsea perlu lupakan Rogers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas penyerang England, Emile Heskey menyifatkan langkah Chelsea mendapatkan Morgan Rogers dari Aston Villa sebagai satu pembaziran dan tidak perlu dilakukan ketika kelab itu sudah memiliki ramai pemain di bahagian serangan.

Rogers yang menyertai Villa dari Middlesbrough pada Januari tahun lalu kini menjadi antara tonggak utama skuad kendalian Unai Emery selepas mencatat lapan gol dan 10 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Bagaimanapun, Chelsea berhasrat terus memperkuatkan pasukan meskipun sudah membawa masuk beberapa pemain seperti Joao Pedro, Liam Delap, Jamie Gittens dan Estevao selepas kejayaan menjulang Piala Dunia Kelab baru-baru ini.

Menurut laporan, The Blues sedang mempertimbangkan tawaran sekitar £80 juta (RM455 juta) untuk membawa masuk Rogers yang turut pernah dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini.

Bagaimanapun, Heskey mengingatkan Chelsea supaya tidak membuat pembelian berlebihan ketika posisi serangan sudah dibarisi ramai pemain berkualiti termasuk Cole Palmer dan Raheem Sterling

“Saya rasa dia (Rogers) sudah bersedia, tetapi Chelsea tak perlu buru dia. Villa pula tak terdesak untuk jual aset berharga mereka.

“Sekiranya dia tiba di Chelsea, Rogers akan tetap menjadi pilihan kedua di belakang Palmer. Saya fikir dia patut kekal setahun lagi di Villa dan bantu kelab ke kelompok empat teratas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI