fbpx

Rupanya Ija lari ke negara jiran, keluarga buat laporan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISTERI kehilangan Ija Nazaruddin terjawab apabila insiden kereta terjunam itu adalah direka sebelum polis mengesahkan dia melarikan diri ke negara jiran.

MUAR – Misteri kehilangan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, akhirnya terjawab apabila dia dikatakan melarikan diri ke negara jiran.

Muslihat rancangan kehilangan lelaki itu terbongkar selepas adiknya berusia 30 tahun membuka mulut selepas disoal siasat pasukan polis yang membuat siasatan susulan laporan dibuat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, adik mangsa membuat laporan palsu mengatakan abangnya hilang ketika dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk membaiki kereta ke Muar.

“Hasil siasatan mendapati terdapat keraguan terhadap laporan yang dikemukakan dan polis percaya bahawa kejadian itu adalah direka untuk kepentingan peribadi.

“Siasatan juga mendedahkan mangsa disyaki menenggelamkan kereta Perodua Axia milik isterinya di Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong sebelum melarikan diri ke negara jiran.

“Adik mangsa turut mengaku dia turut bersubahat dan berpura-pura menjalankan usaha mencari mangsa bagi mengaburi siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, kedua-dua suspek telah diambil keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumag palsu dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.

Kosmo! 15 Julai lalu melaporkan seorang pempengaruh permotoran dikhuatiri lemas selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki ditemui terbabas dalam sungai di Kampung Tui, Pagoh di sini
.
Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI