fbpx

Peluang Vinicius terima gaji €1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS dikatakan mempunyai tanda harga berjumlah €350 juta (RM1.7 bilion) diletakkan oleh Real. - AFP

RIYADH – Kelab gergasi Liga Pro Arab Saudi sedia untuk memecahkan rekod perpindahan dunia kerana tidak mempunyai masalah untuk membida bintang Real Madrid, Vinicius Junior dengan nilai sebanyak €350 juta (RM1.7 bilion).

Masa depan Vinicius menjadi tanda tanya ketika ini memandangkan kontrak semasanya bersama The Galacticos akan berakhir hujung musim 2026/2027 nanti.

Berdasarkan laporan, Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang memiliki empat kelab ternama negara itu seperti Al-Ahli, Al-Ittihad, Al-Hilal dan Al-Nassr terdesak untuk membawa Vinicius bagi terus mengembangkan taraf liga di sana.

Kementerian Belia dan Sukan Arab Saudi juga memberikan sokongan jika pemain sayap lincah antarabangsa Brazil itu berhijrah ke negara Asia Barat terutama jika menyertai Al-Ahli.

Difahamkan, antara tawaran menarik yang diberikan PIF adalah kontrak selama lima tahun selain gaji mencecah €1 bilion (RM4.9 bilion) sepanjang tempoh tersebut.

Buat masa ini, Vinicius yang baru berusia 25 tahun masih mahu kekal bersama Real tetapi rundingan bersama pihak pengurusan berdepan jalan buntu kerana tawaran gaji baharu yang diberikan didakwa tidak lumayan.

Vinicius juga dikatakan terdesak untuk menjadi pemain dengan gaji termahal di Santiago Bernabeu menerusi bayaran €20 juta (RM98.6 juta) semusim tetapi Real tidak mahu melayan permintaan tersebut.

Ini kerana Real sudah menjelaskan penerima gaji tertinggi kelab ialah Kylian Mbappe dengan €15 juta (RM85.5 juta) semusim dan tiada pemain yang layak menerima tangga gaji lebih banyak berbanding angka tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI