fbpx

‘Sabarlah Ammar’ – Muka terpaksa anak buat Aliff dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAJAH anak sulung Aliff Syukri saat rambut digunting secara terpaksa mengundang simpati banyak netizen.

PETALING JAYA – “Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.”

Itu rayuan anak lelaki Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan yang sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila rambutnya dipotong oleh bapanya dalam siaran langsung semalam.

Dalam situasi tersebut, Ammar, 17, dilihat panik apabila Aliff menggunting rambutnya secara paksa namun tidak melawan meski wajahnya dilihat terpaksa.

Kata Aliff, dia tidak memotong terlalu banyak rambut Ammar selain hanya mahu memastikan potongan rambut anak sulungnya itu kelihatan kemas.

“Tak banyak pun (potong), abah dulu kerja salun.

“Abah ini penata gaya, nak kemaskan sahaja,” katanya.

Tambahnya, penampilan Ammar juga perlu kelihatan rapi ditamvah pula dia akan bertemu dengan rakan-rakannya termasuk anak usahawan sensash, Datuk Seri Vida iaitu Cik B.

“Barulah tak serabai, pening aku tengok rambut kau. Saya nak kemaskan.

“Percayalah awak akan nampak kacak, nak jumpa Cik B dan Datuk Vida kan,” ujarnya.

Sementara dalam ruangan komen, pelbagai respons diberikan netizen termasuk mengecam tindakan Aliff yang dikatakan terlalu memaksa anaknya.

“Memang Ammar jenis penyabar tetapi datuk tak boleh terlalu paksa, dia pula kini meningkat dewasa.

“Sabarlah Ammar dengan perangai bapamu, kami sayangkan awak.

“Selalu rasa kelakar tetapi kali ini tindakan datuk tak boleh diterima, kasihan Ammar, wajah dia sedih!” komeb netizen.

Sebelum ini, Ammar sering menggeletek hati ramai dengan sikapnya yang lurus dan naif setiap kalu membuat siaran langsung mempromosikan produk jenama bapanya dalam TikTok.

Anak sulung kepada enam orang adik-beradik itu juga memasang cita-cita untuk menjadi seorang ahli politik satu hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI