fbpx
SEBAHAGIAN daripada kerosakan jalan antara Pekan Bandar Tenggara hingga Pekan Layang-Layang yang rosak teruk sejak lebih dua tahun lalu di Kluang.

‘Kami kutip derma, tampal sendiri lubang jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Penduduk di Kampung Sri Pekan di sini me­rayu pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera mengatasi masalah jalan rosak yang menghubungkan Pekan Bandar Tenggara ke Pekan Layang-Layang di Simpang Renggam.

Seorang penduduk, Mohd Ayob Abd Ghani, 65, berkata, jalan sepanjang kira-kira 24 kilometer itu boleh diibaratkan seperti tiada pihak yang mengambil berat apabila sudah lebih dua tahun dibiarkan tanpa sebarang penyelenggaraan atau pembaikan.

Katanya, pihaknya juga tidak tahu siapa sebenarnya yang sepatutnya mengambil perhatian terhadap masalah ini ke­rana kedudukannya berada di tengah-tengah antara Layang-Layang, Kulai dan Bandar Tenggara.

“Sebagai inisiatif, kami menampal sendiri lubang jalan berhampiran kampung menggunakan batu kerikil yang diperolehi hasil derma penduduk, namun tidak mampu bertahan lama dan akan terhakis apabila berlaku hujan lebat.

“Lebih membimbangkan adalah keadaan jalan gelap pada waktu malam yang menghadkan pandangan pengguna jalan seterusnya mampu menyebabkan kemalangan khususnya pengguna motosikal,”katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Ayob lagi, pihak­nya pernah membuat laporan berkaitan kerosakan jalan ini pada 2022, namun sehingga kini tiada lagi pihak yang tampil menyelenggara atau membaikinya.

Ujarnya, untuk dua bulan terakhir ini sahaja, berlaku dua kemalangan kerana mengelak atau melanggar lubang di tengah jalan berhampiran dengan salah seorang daripadanya masih dirawat di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN