fbpx

‘Program Anak Kita’ bukti iltizam kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika melawat SMK Taman Widuri semalam.

PETALING JAYA – Program Anak Kita yang dilaksanakan di bawah kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kewangan (MOF) terus menunjukkan impak positif dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program tersebut yang memfokuskan kepada menangani isu keciciran pembelajaran, meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi serta membantu persediaan murid menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini telah mula menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

“Semalam saya berkesempatan meninjau pelaksanaan program ini di SMK Taman Widuri, Pulau Pinang. Di negeri ini, murid yang terlibat dalam Program Anak Kita mencatatkan peningkatan prestasi dalam tiga mata pelajaran utama iaitu Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.

“Selain itu, peratusan kehadiran calon SPM 2024 dalam kalangan murid yang menyertai program ini mencecah 99 peratus, dengan 93 peratus daripada mereka layak memperoleh sijil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, dan menyeru agar usaha memperkukuh masa depan pendidikan anak-anak terus diperkasa.

“Syabas kepada seluruh gerak kerja Program Anak Kita atas komitmen yang ditunjukkan. Teruskan bekerja keras demi masa hadapan anak-anak kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI