fbpx

Operator kilang maut mesin pengering meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Seorang operator kilang maut selepas mesin pengering meletup dalam kejadian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di kawasan Perindustrian Tanjung, Sepang baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 2.56 petang, Sabtu lalu ketika lelaki asing itu sedang melakukan kerja-kerja membasuh dan mengeringkan sarung tangan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata, siasatan mendapati mangsa ditugaskan untuk memasukkan produk sarung tangan ke dalam mesin pembasuh sebelum memindahkannya ke dalam mesin pengering.

Katanya, mangsa kemudiannya memeriksa mesin itu dengan memegang dinding pintu menggunakan tangan setelah selesai proses pemindahan produk tersebut.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), selepas mangsa menekan butang ‘start’ berlaku satu letupan.

“Pintu mesin pengering terkena mangsa menyebabkan dia terpelanting. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKKP memberitahu, surat arahan larangan kacau ganggu dikeluarkan kepada majikan bagi menghentikan serta-merta semua aktiviti di kilang tersebut sehingga siasatan selesai.

Jelasnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI