fbpx

[VIDEO] ‘Nasib baik sempat elak, kalau tidak sudah jadi ‘sandwic’’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebuah lori yang hampir menindih sebuah kereta ketika membelok di simpang.

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Toyota Vios nyaris terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang terbalik ketika membelok di sebuah simpang mencuri perhatian orang ramai.

Klip tular yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di belakang lori berkenaan memaparkan lori berkenaan dilihat terbalik ke arah kiri sehingga hampir menimpa sebuah kereta berwarna putih yang berada di sebelahnya.

“Mujur kereta Vios putih itu sempat mengelak dan tak jadi belok. Kalau tidak sudah jadi ‘sandwic’,” kata pengguna tersebut.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan.

“Pendek kata barang duduk macam dalam bakul tidak seimbang jadilah macam itu. Orang tua kata berat sebelah, tidak tersusun dengan cantik, mujur tak kena kereta itu,” ujar Wan Izani Wan Hassan.

“Bawa barang berat sebelah dan tidak berikat. Barang bergerak-gerak dalam kargo memang akan jadi macam inilah, nasib baik tak jadi hal,” balas Nasir Nas.

“Lori ini dalam keadaan begini pun boleh bantai bawa lagi, itu kalau ditindahnya kereta, apa pun tak dapat,” komen Karim Maju. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI