fbpx

Selamat…baliklah, dah 8 hari tak pulang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAMAT dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Jawa Batu 1, Jalan Lombong, Kota Tinggi selepas keluar makan sejak lapan hari lalu.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas meluahkan rasa bimbang akan keselamatan anaknya yang berusia 20 tahun selepas lapan hari tidak pulang ke rumah di Kampung Jawa Batu 1, Jalan Lombong di sini.

Azizah Abdul Rahman, 60, berkata, anaknya, Selamat Abdullah kali terakhir dilihat pada malam Isnin lalu selepas meminjam kereta jenis Saga FLX nombor pendaftaran JFN 8174 miliknya untuk keluar makan.

Katanya, ketika itu dia sempat berpesan kepada anaknya agar pulang cepat ekoran hari sudah larut malam.

“Saya pulang berniaga pukul 10.30 malam sebelum anak meminta izin mahu pinjam kereta untuk keluar makan. Saya cakap tak payah keluar sebab sudah malam. Apabila dia beritahu hendak pergi makan saya izinkan tetapi berpesan agar pulang cepat.

“Saya mula bimbang apabila pukul 12 tengah malam, anak masih tidak pulang. Saya cuba menghubunginya berulang kali tetapi gagal sampai sekarang,” katanya kepada Kosmo!.

Menurutnya, meskipun Selamat ialah anak angkat, namun dia menganggap pemuda itu seperti anak kandung kerana telah menjaganya sejak bayi.

Laporan mengenai kehilangan Selamat dibuat di Balai Polis Kota Tinggi. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta mnghubungi Azizah di talian 013-7014255. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI