fbpx

Lokasi panas kemalangan Setiu dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (dua dari kanan) meninjau jambatan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Air Sejuk, Setiu hari ini.

SETIU – Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Air Sejuk di sini yang kerap berlaku kemalangan dan kesesakan trafik bakal dinaik taraf dalam masa empat tahun demi keselesaan pengguna.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, struktur laluan sepanjang dua kilometer (km) dari Sekolah Menengah Sains Setiu hingga pasar raya PKT yang didapati beralun akibat mendapan dan agak sempit itu akan dibaiki.

“Permukaan jalan yang beralun dan sempit ini sering menyebabkan kemalangan apatah lagi ia kerap dilalui kenderaan perdagangan.

“Seramai 18 pengguna jalan raya cedera termasuk 13 parah akibat kemalangan di laluan tersebut sejak 2022,” katanya selepas meninjau lokasi tersebut hari ini.

Ahmad Maslan berkata, laluan berkenaan juga dilaporkan disebabkan peningkatan trafik terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Beliau berkata, projek menaik taraf Laluan FT003 itu dijangka menelan belanja sebanyak RM88.09 juta termasuk pengambilan tanah dan pengalihan struktur utiliti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI