fbpx

Rashford semakin hampiri Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD mungkin akan menyertai Barcelona dengan status pinjaman terlebih dahulu dengan pilihan mendapatkannya secara tetap. - AFP

BARCELONA – Juara La Liga musim lalu, Barcelona meneruskan fokus mereka untuk memperkuatkan jentera serangan biarpun gagal mendapatkan Nico Williams dan sukar mendapatkan tandatangan Luis Diaz.

The Catalans dilaporkan mengaktifkan keutamaan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Marcus Rashford yang dianggap memiliki kemampuan yang lebih kurang sama berbanding dua lagi pemain berkenaan.

Pengendali Barcelona, Hansi Flick dilapor sudah memberikan persetujuan kepada pihak pengurusan untuk memulakan rundingan bagi mendapatkan khidmat Rashford.

Menurut laporan, ‘lampu hijau’ diberikan oleh Flick sejak beberapa hari lalu dan percaya bahawa Rashford adalah pemain yang memiliki reputasi untuk menyesuaikan diri dengan sistem permainan diterapkan.

Biarpun masih belum melepaskan diri daripada kemelut kewangan, Barcelona percaya mereka mampu mengemukakan tawaran pinjaman dengan pilihan untuk membelinya secara kekal dan bakal dipersetujui oleh United yang sudah tidak menginginkan khidmat Rashford.

Wakil Rashford dilaporkan memasang impian untuk menghantar pemain itu beraksi di Camp Nou dan abang kepada pemain berusia 27 tahun itu yang bertindak sebagai ejen dilapor sudah mengadakan rundingan bersama Pengarah Sukan Barcelona, Deco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI