NEW DELHI – Suis kawalan bahan api didapati dimatikan untuk kedua-dua enjin sebuah pesawat Air India yang terhempas sejurus selepas berlepas bulan lalu di India, lapor portal berita Channel News Asia (CNA).
Menurut laporan siasatan awal nahas yang didedahkan hari ini, suis itu dalam keadaan dimatikan sejurus selepas pesawat berlepas, mengakibatkan nahas yang mengorbankan 260 orang pada 12 Jun lalu.
Namun, laporan dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India, tidak membuat sebarang kesimpulan atau pembahagian kesalahan untuk nahas tersebut.
Ia menunjukkan bahawa juruterbang pesawat bertanya kepada pembantu juruterbang mengapa dia mematikan suis bahan api
Juruterbang kedua menjawab bahawa dia tidak melakukannya.
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu dalam penerbangan dari Ahmedabad di barat India ke London, Britain apabila ia terhempas, membunuh 241 orang di dalam kapal terbang itu dan 19 lagi di darat. – AGENSI/AFP