fbpx

Harimau Malaya mampu akhiri penantian panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya berada di landasan tepat untuk menerobos kedudukan kelompok 120 pasukan terbaik menjelang hujung tahun ini.

SKUAD Harimau Malaya dilihat mampu menamatkan penantian berada dalam kelompok ranking 120 negara terbaik di dunia menjelang hujung tahun ini sekiranya berjaya mengekalkan momentum ‘revolusi’ di bawah kendalian Peter Cklamovski.

Pandangan itu disuarakan oleh legenda skuad kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan selepas melihat pasukan negara meraih kedudukan ranking terbaik dalam tempoh 19 tahun apabila berada di kedudukan ke-125 ketika ini.

Menurut Zainal yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perkembangan itu sangat positif dan sudah tentu misi seterunya adalah untuk membawa Harimau Malaya ke kedudukan yang lebih tinggi selepas ini.

“Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang baik dan membanggakan buat keluarga bola sepak Malaysia. Kita teruskan berdoa, insya-Allah akan memperbaiki kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“(Mengenai peluang untuk melangkah lebih jauh) pertama sekali, semua perlu memberi sokongan sepenuhnya. Bukan sahaja FAM, tetapi semua keluarga bola sepak harus memberi sokongan yang baik untuk kita maju.

“Kerana kita tahu kita dah ketinggalan di peringkat antarabangsa begitu lama. Insya-Allah, dengan kendalian pasukan kebangsaan sekarang ini, kita perlu berasa bangga dan perlu memberi sokongan,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara berada dalam kelompok 120 pasukan terbaik dunia adalah pada November 2005 dengan Harimau Malaya berada di kedudukan ke-116.

Peningkatan pasukan kebangsaan dilihat cukup mendadak dalam tujuh tahun terakhir apabila pernah berada di zaman ‘gelap’ apabila menduduki ranking ke-178 dunia pada Mac 2018.

Berdasarkan prestasi semasa, skuad kebangsaan dijangka tidak mempunyai masalah untuk terus mengutip mata ranking yang tinggi terutama apabila bakal mengharungi tiga lagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun ini.

Tiga perlawanan itu adalah saingan bertemu Laos dua kali pada Oktober dan Nepal (November).

Namun, Harimau Malaya akan memberikan tumpuan pada aksi Piala Negara-Negara Asia Barat (CAFA) 2025 pada bulan depan dan telah berada dalam Kumpulan B bersama Iran, Tajikistan dan Afghanistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI