fbpx

F1: Mekies ganti Horner di Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEKIES dilantik bagi menggantikan Horner yang dipecat daripada jawatannya sebagai ketua pasukan Red Bull. - AGENSI

LONDON – Laurent Mekies mengakui tugas menantinya selepas ini bukan mudah selepas secara rasmi memulakan peranan bagi menggantikan tempat Christian Horner sebagai ketua pasukan Red Bull Racing yang baharu.

Ketua pasukan yang berasal Perancis itu dilihat memulakan tugas pertama selepas hadir menghadiri penggambaran rasmi bersama jentera RB21 di Litar Silverstone sebagai permulaan rasminya.

Kehadiran Mekies di Red Bull Racing pastinya untuk mengembalikan reputasi pasukan itu sebagai pencabar utama selepas bergelut dengan aksi tidak menentu musim ini.

“Terus terang saya katakan, saya masih melihat pasukan ini seperti mana kebanyakan orang luar melihat mereka iaitu disertai individu terbaik di dunia dalam bidang masing-masing.

“Menjadi satu penghormatan untuk menyertai pasukan ini. Fokus utama saya adalah untuk memastikan semua individu berbakat di sini mempunyai segala yang diperlukan untuk beraksi di tahap terbaik mereka,” katanya.

Red Bull kini sedang membina unit kuasa mereka sendiri sebagai persiapan menghadapi musim 2026, yang dijangka menyaksikan perubahan besar dalam peraturan Formula Satu.

“Kami tidak sesekali memandang rendah cabaran ini. Perubahan besar dalam peraturan sedang menanti dan ia akan menguji keupayaan setiap pasukan termasuk kami.

“Ia bukan tugas mudah dan kami perlukan kerjasama seluruh organisasi,” jelasnya.

Meskipun dikenali sebagai pasukan dominan sebelum ini, Red Bull setakat ini hanya meraih dua kemenangan daripada 12 perlumbaan musim 2025 dan kini menghuni tangga keempat keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI