fbpx

F1: Vasseur dedah punca Ferrari rumit di Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC tersilap membuat percaturan mengenai penggunaan tayar sehingga terpaksa mengakhiri saingan di kedudukan ke-14. - AFP

LONDON – Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur menegaskan bahawa semua keputusan melibatkan pertukaran tayar sepanjang perlumbaan Grand Prix (GP) Britain adalah datang daripada pelumba sendiri, bukan arahan pasukan semata-mata.

Menjelaskan situasi perlumbaan basah di Silverstone, Ferrari berdepan situasi mencabar terutama selepas strategi awal Charles Leclerc menukar tayar gagal membantunya dan Lewis Hamilton juga terlepas podium.

Leclerc terpaksa akur menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 selepas pertaruhan awal menggunakan tayar slick tidak menjadi dan Vasseur berkata keputusan untuk menukar tayar dibuat sepenuhnya oleh Leclerc.

“Keputusan itu datang daripada pelumba, sudah tentu. Mereka berada di atas litar dan hanya mereka yang boleh menilai tahap cengkaman sebenar dalam keadaan hujan sebegitu.

“Saya boleh saja menolak keputusan itu, tetapi saya perlu jujur mereka ada lebih maklumat daripada kami dalam situasi itu.

“Charles dan George Russell (Mercedes) ambil risiko dengan tukar kepada tayar slick seawal pusingan pertama. Mudah untuk kita menilai selepas perlumbaan, tetapi ketika itu ia bukan pilihan yang mudah,” katanya.

Menurut Vasseur, situasi sukar di awal perlumbaan yang bermula dengan trek basah, tetapi mula mengering menyebabkan pelumba perlu membuat keputusan pantas, namun keputusan tersebut akhirnya membawa padah buat Leclerc.

Ferrari kini jauh ditinggalkan McLaren dalam perebutan kejuaraan, Vasseur tetap optimis pasukannya masih mampu menamatkan musim dengan kemenangan dan kekal dalam kelompok teratas bersama Red Bull dan Mercedes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI