fbpx

8,322 kenderaan jenama Kia, Yamaha, Mercedes Benz dipanggil semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memanggil semula beberapa model keluaran tiga jenama pengeluar kenderaan bagi tujuan pemeriksaan susulan terdapat kecacatan pada struktur, sistem kenderaan tersebut.

Ketua Pengarah JPJ , Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara kenderaan yang terlibat meliputi model Kia RIO UB, Yamaha Tenere 700, Tracer 9 GT dan MT09.

Turut terlibat beberapa model Mercedes-Benz termasuk S-Class, GLC, AMG SL, EQS dan EQE.

Jelasnya, aktiviti pemanggilan semula kira-kira 8,322 kenderaan itu penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan masalah tersebut.

“Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

“Oleh yang demikian, semua pemilik kenderaan model yang terlibat adalah dimohon untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan
dapat dijalankan secepat mungkin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

“Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula ini, pemilik kenderaan boleh hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan masing-masing yang berdekatan.

“Pihak JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terlibat akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI