fbpx

Tiada tarikh istimewa, Dayang enggan ulas dakwaan sudah bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayang kekal dengan prinsip enggan mengulas mengenai dakwaan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Terus mengelak, penyanyi Dayang Nurfaizah kekal dengan prinsip enggan mengulas mengenai dakwaan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Dayang atau nama sebenar, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, berkata, dia hanya berharap orang ramai khususnya peminat mendoakan terbaik buat dirinya.

“Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis sidang media persembahan eksklusif Janji di sini, semalam.

Sebelum ini, Dayang bersama penyanyi dan komposer, Hael Husaini didakwa sudah melangsungkan pertunangan dengan Dayang. Bagaimanapun, Hael pernah menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan dalam media sosial itu.

Dalam masa sama, dia juga menegaskan tiada tarikh istimewa yang sudah ditetapkan berkaitan hari ‘istimewa’ iaitu tarikh perkahwinan seperti didakwa segelintir pihak sebelum ini.

Katanya, hari istimewanya ketika ini hanyalah dua acara sahaja iaitu Janji With Dayang di Pulau Pinang dan Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos serta 27 September depan.

“Dua hari persembahan eksklusif saya nanti memang istimewa buat saya, untuk album Janji saya sebab sudah lama saya menantikan persembahan ini.

“Sebab saya pun sudah lama tak keluar album pop, terakhir adalah pada 2017. Jadi persembahan ini sangat istimewa,” ujarnya.

Ditanya sama ada penyanyi lelaki yang digosipkan dengannya iaitu Hael Husaini akan hadir ke persembahan itu, Dayang memilih untuk terus mengunci mulut.

“Orang bermakna yang akan hadir adalah peminat saya, sebab mereka adalah pembakar semangat saya.

“Persembahan ini saya fokus untuk album Janji, jadi saya boleh cakap tiada kejutan atau gimik. Yang ada hanyalah artis yang turut diundang membuat persembahan nanti, Anwar Amzah dan Naki.

“Rakan-rakan artis datang nanti semuanya istimewa bagi Dayang. Komposer pun kita jemput datang termasuk yang terlibat dengan album Janji,” jelasnya.

Mengenai persembahan eksklusif itu, Dayang akan memberi fokus terhadap lagu-lagu daripada album Janji yang baru dilancarkan pada November tahun lalu.

“Persembahan ini adalah hadiah istimewa buat para peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Paling terkejut lihat sambutan hebat ramai sehingga tiket ‘sold out’ dalam tempoh yang cepat, semoga segala perancangan konsert tersebut berjalan dengan lancar kelak,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI