fbpx

The Lantis tersentuh disambut hangat di Jiwa Kacau 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Lantis tampil penuh semangat pada konsert Jiwa Kacau 2025 yang turut menampilkan barisan artis terkenal seperti Wali, Kerispatih, Hujan, Bunkface dan Spider, baru-baru ini.

KETIKA emosi galau masih berbekas di jiwa peminat, pemuzik asal Indonesia The Lantis tampil penuh semangat pada konsert Jiwa Kacau 2025 yang turut menampilkan barisan artis terkenal seperti Wali, Kerispatih, Hujan, Bunkface dan Spider baru-baru ini.

Band baharu dianggotai Giri selaku vokalis, Ravi dan Ojan sebagai gitaris semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan apabila persembahan sulung mereka di Malaysia pada 28 Jun lalu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil berjaya menawan hati penonton dengan untaian lagu menyentuh jiwa serta interaksi mesra sepanjang persembahan.

“Ini mimpi yang akhirnya menjadi kenyataan. Kami akhirnya tampil ke Malaysia dan disambut dengan begitu baik oleh penonton Malaysia. Ini merupakan kebahagiaan yang tak dapat kami ungkapkan dengan kata-kata.

“Kami tak sabar untuk kembali dan berkongsi lebih banyak karya dengan peminat di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Bunga Maaf, Ambang Rindu dan Lampu Merah yang menambat lebih ramai peminat untuk turut menyanyi bersama.

Lagu Bunga Maaf yang dilancarkan pada November 2024 kini masih tersenarai dalam carta Top 50 – Malaysia di Spotify.

The Lantis mula mencipta nama menerusi lagu Lampu Merah yang tular dengan lebih 96 juta penstriman.

Mereka pernah menduduki carta teratas dalam kalangan peminat muzik Indonesia, sebelum terus mengukuhkan kedudukannya menerusi lagu Bunga Maaf yang kini mencatat lebih 161 juta jumlah penstriman.

Dalam pada itu, kumpulan pemuzik tersebut turut terlibat dalam pementasan Musikal Keluarga Cemara 2025 di Jakarta menerusi lagu Seperti Cemara yang dimuatkan dalam album kompilasi Lagu-Lagu Cemara yang dilancarkan pada Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI