fbpx

[VIDEO] ‘Kalau abang bising nanti, bini tak masak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang bapa memegang kepala sambil membayangkan jumlah bayaran bagi barangan yang dibeli.

PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa yang dilihat mengurut kepala ketika anak-anaknya sedang mengeluarkan barang daripada dua troli di sebuah pasar raya mengundang tawa netizen di media sosial.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Afyyniza, kelihatan lelaki berkenaan berdiri di tepi kaunter pembayaran sambil memegang kepala seolah-olah sudah dapat membayangkan jumlah besar yang perlu dibayar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi spontan lelaki berkenaan selain memahami beban tanggungjawab seorang ketua keluarga.

“Suka tengok reaksi pak cik ni, sakit kepala tetapi reda… nak isi perut sendiri juga kan. Kalau abang bising nanti, bini tak masak,” komen Kak Eee.

“Kena kumpul duit lagi ni kalau nak kahwin,” seloroh Fath.

“Sebagai seorang ketua keluarga, saya memahami perasaan abang tersebut,” tulis pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@afyynizarabak dah

♬ suara asli – Megi Irawan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI