fbpx

‘Saya tak mengandung, makan banyak sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA buncit disebabkan makan banyak. Itu respons Marsha tentang penampilannya yang agak berisi dan dilihat seolah-olah ada 'baby bump'.

PETALING JAYA – “Saya tidak mengandung, saya makan banyak sahaja.”

Demikian penjelasan penyanyi Marsha Milan yang menafikan berbadan gara-gara perubahan fizikalnya ketika muncul di Konsert Suara 34 hangat diperkatakan netizen sejak semalam.

Marsha atau nama lengkapnya, Marsha Milan Londoh, 40, berkata tubuhnya nampak berisi disebabkan tabiat gemar menikmati makanan manis selain mempunyai selera makan yang tinggi.

Telahan ramai mengenai spekulasi kehamilannya tercetus apabila menyaksikan video yang dimuatnaiknya sewaktu tampil beraksi pada persembahan pentas di Angkasapuri.

Terdapat segelintir peminat mendakwa ternampak seakan-akan bentuk ‘baby bump’ pada bahagian perut penyanyi adsal Sabah itu.

Dia dilihat mengenakan gaun hijau zamrud dengan rekaan yang seolah-olah menutup perutnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Hening Rindu itu mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015.

Sebelum ini Marsha sepanjang 10 tahun berkahwin mereka sudah bersedia menimang cahaya mata namun belum dikurniakan rezeki.

Begitupun, penyanyi asal Sabah itu terpaksa menolak dahulu tawaran beberapa hospital yang mahu membantunya menjalani kaedah rawatan kesuburan In-vitro (IVF). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI