fbpx

15,807 calon peperiksaan SVM ketahui keputusan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PUTRAJAYA- Seramai 15,897 calon bakal mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 (Kohort 2023) yang akan diumumkan esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon menduduki peperiksaan di 86 buah kolej vokasional di seluruh negara boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai pukul 10 pagi di kolej vokasional tempat mereka belajar.

Selain itu, katanya, calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui laman sesawang myresultsvm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi esok sehingga 6 petang, 13 Julai 2025 (Ahad).

“KPM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon yang terlibat serta berharap kejayaan yang diraih mampu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran.

“Ia seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara menerusi laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI