fbpx

Minta ambil barang, tempah e-hailing sebelum noda budak, remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hassan yang diburu polis.

SHAH ALAM – Minta mengambil barang sebelum dipeluk dari belakang merupakan modus operandi seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Muhammad Hassan sebelum mencabul serta meliwat kanak-kanak dan remaja berusia antara sembilan hingga 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, empat laporan telah diterima polis dan siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun dengan alamat terakhir di Flat Taman Negara, Seksyen 27 di sini.

Katanya, mangsa yang kebanyakkannya kanak-kanak lelaki termasuk pelajar sekolah diminta mengambil barang di sesuatu lokasi sebeluk dipeluk dari belakang dan dicekik sekiranya melawan.

“Suspek juga akan meminta mangsa membantu menempah perkhidmatan e-hailing atau bertanyakan sesuatu. Apabila leka, suspek menumbuk dan menarik mangsa ke tempat yang dirasai boleh melakukan perbuatan liwat. Polis percaya suspek masih di negara ini dan jumlah mangsa kekal empat orang,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal berkata, usaha sedang dipergiatkan bagi mengesan serta menahan lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang memburu Mohamad Hassan selepas disyaki mencabul dan liwat kanak-kanak serta remaja di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI