fbpx

Pemandu Mercedes tampar pelajar enggan alih motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu tersebut bertindak agresif dengan menampar pelajar perempuan disebabkan pertikaian tempat letak kenderaan. - Facebook

BANGKOK – Seorang pemandu sebuah kereta Mercedes-Benz didakwa menampar seorang pelajar universiti ketika mereka terlibat dalam pertikaian mengenai tempat letak kenderaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dalam rakaman video tular, pemandu kereta mewah itu mempertahankan tindakannya dengan mendakwa pintu kenderaannya tidak dapat dibuka kerana sebuah motosikal diletakkan terlalu rapat.

Dia dikatakan menegur seorang pelajar perempuan bersama teman lelakinya, namun pelajar itu enggan mengalihkan motosikal dengan alasan tiada kunci di tangannya.

Pemandu kereta turut menegaskan bahawa kawasan terbabit bukan tempat tempat parkir motosikal yang sah. 

Menurutnya, sebelum keadaan menjadi tegang, dia menegur secara berhemah, namun pelajar berkenaan enggan memberikan kerjasama. 

Pelajar perempuan tersebut berterusan merakam kejadian itu sehingga menyebabkan pemandu berkenaan naik darah lalu menamparnya.

Setakat ini, tiada laporan dibuat oleh pelajar  terbabit terhadap pemandu yang didakwa menyerangnya secara fizikal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI