fbpx

Imam cedera parah diserang kucing tulap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa ketika mendapatkan rawatan di HTAN selepas diserang hidupan liar dipercayai kucing tulap di Kampung Pauh, Terachi, di Kuala Pilah, semalam.

SEREMBAN – Seorang imam cedera pada kepala, leher dan patah pergelangan tangan akibat diserang hidupan liar dipercayai kucing tulap di Kampung Pauh, Terachi, di Kuala Pilah, semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan pihaknya menerima maklumat tersebut pukul 9 malam semalam.

Menurutnya, pada mulanya, aduan serangan dikatakan harimau kumbang di mangsa mangsa diserang pada awal pagi di kawasan kandang kambing milik mangsa yang berada di belakang premis kediaman.

“Kita mendapatkan maklumat lanjut mangsa daripada kenalan mangsa berkenaan serangan ini. Kira-kira pukul 11 pagi, kakitangan Perhilitan Negeri Sembilan telah ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melawat mangsa dan menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan, hidupan liar yang menyerang mangsa ialah disyaki daripada spesies kucing tulap dan kawasan hutan terhampir dengan lokasi kejadian ialah Hutan Simpan Berembun,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Faizal Izham lagi, pemantauan dan pemasangan kamera trap akan dilakukan oleh Unit Konservasi Harimau Malaya (UKHM), Perhilitan Negeri Sembilan bagi pemantaun selanjutnya di lokasi mangsa terkena serangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI