fbpx

Putra Heights: Kerajaan Selangor tidak campur tangan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bercakap pada pemberita pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan MPS di Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

CYBERJAYA- Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan pihaknya tidak pernah masuk campur dalam siasatan insiden letupan paip gas di Putra Height, sebaliknya siasatan dibuat secara bebas dan telus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam kes berkenaan, kerajaan negeri hanya bertindak sebagai saksi dan ada pihak yang mempertikai laporan penuh siasatan itu selain turut mendakwa fakta siasatan diputar belit.

“Kerajaan negeri tidak terlibat langsung, malah mereka (pasukan penyiasat) memanggil kami sebagai saksi dan semua saksinya ada 212 orang. Antara saksi dipanggil termasuk pihak berkuasa tempatan, pemaju projek berdekatan, pengawal keselamatan, pengendali jenkaut dan pegawai Petronas.

“Kalau nak tengok secara teliti (laporan siasatan) bolehlah dan boleh semak. Tidak perlulah nak buat (siasatan) lagi A to Z dan kita tak perlukan lapan bulan lagi kan,” katanya pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini, hari ini.

Amirudin berkata, laporan penuh hasil siasatan insiden itu akan dibuka kepada umum untuk semakan selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI