fbpx

Keseronokan 39 pelancong naik kapal persiaran terbantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal persiaran yang ditahan APMM kerana disyaki lesen tamat tempoh di perairan Langkawi, semalam. – Foto ihsan APMM

LANGKAWI – Keseronokan 39 pelancong berlayar dengan kapal persiaran di perairan ini terbantut apabila pengangkutan itu ditahan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki lesen tamat tempoh, semalam.

Kapal persiaran yang dikendalikan seorang kapten dan tujuh kru tempatan itu ditahan bot ronda APMM dalam rondaan rutin Op Aman, Op Tiris 3.0 dan Op Mardof Utara 1/2025 di kedudukan 0.2 batu nautika barat Pulau Lintang Jalan pada pukul 6 petang, semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, ketika operasi dilakukan, kapal persiaran tersebut sedang menjalankan aktiviti rekreasi air.

“Terdapat seorang kapten dan tujuh kru tempatan bersama 36 penumpang warga asing serta tiga penumpang warganegara Malaysia di dalam kapal persiaran berkenaan.

“Kapal persiaran itu kemudian ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu lesen telah tamat tempoh,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kapal persiaran berserta barang kes dengan anggaran nilai keseluruhan RM2 juta bersama kru ditahan dan dibawa ke Jeti Dayang Bay di sini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI