fbpx

Pelantikan Ketua Hakim Negara tidak dibincang secara mendalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perkara berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, namun tidak secara mendalam.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, perbincangan adalah lebih menjurus tentang apa yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

“Tidak secara mendalam. Cuma untuk memaklumkan, lebih kepada apa yang telah disebut oleh Perdana Menteri sewaktu Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri sebelum ini. Itu sahaja yang dibincangkan,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini ada membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pada Isnin, Anwar menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pelantikan mana-mana hakim di negara ini, sebaliknya menghormati sepenuhnya proses pelantikan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI