fbpx

Kes Pamela Ling: Siasatan tidak akan berhenti selagi belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pamela dilaporkan hilang ketika berada di Lebuh Raya MEX berdekatan Bandar Putra Permai 9 April lalu.

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh masih lagi dijalankan dan tidak akan berhenti selagi belum diselesaikan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini seramai 48 saksi dari pelbagai pihak telah dirakam keterangan.

“Kita (polis) masih jalankan siasatan, tak akan berhenti. Nak kata ada petunjuk baharu pun, siasatan masih dijalankan. Ada yang tanya tentang lakaran fotofit, tetapi padanan pun hanya dapat 40 peratus sahaja.

“Setakat ini seramai 48 saksi dirakam keterangan. Kita guna pelbagai cara, semak rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kamera dan siasat dari semua sudut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Intelektual Inspirasi Remaja Madani 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Mohamed Usuf menambah, kesulitan dalam kes ini adalah apabila suspek sukar dikenal pasti kerana kerana kereta yang digunakan adalah palsu.

“Setiap siasatan memang ada kesukarannya. Dalam kes ini, kita tak dapat kenal pasti sebab kereta yang digunakan pun menggunakan nombor plat palsu. Pemilik-pemilik kereta sebenar pun kita dah rakam keterangan. Sekarang kita masih mencari apa-apa petunjuk lain,” katanya.

Pamela, 52, dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah kenderaan e-hailing dari kediamannya di Kota Damansara ke pejabat SPRM di Putrajaya pada pagi 9 April lalu.

Pemandu e-hailing terbabit kemudian membuat laporan polis, mendakwa wanita berkenaan telah ‘dibawa pergi’ oleh tiga individu yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebaik kenderaan mereka tiba berhampiran bangunan SPRM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI