fbpx

Trump desak gencatan senjata 60 hari di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa kumpulan pejuang Hamas untuk menerima gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, dengan mengatakan bahawa Israel telah bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian sedemikian.

Trump dalam satu catatan di media sosial berkata, wakil beliau telah bertemu dengan pegawai Israel mengenai konflik tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington minggu depan.

“Israel telah bersetuju dengan syarat yang diperlukan untuk memuktamadkan gencatan senjata 60 hari. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menamatkan perang,” tulis Trump.

Beliau berkata, wakil pengantara dari Qatar dan Mesir akan menyampaikan cadangan terakhir itu.

“Saya berharap demi kebaikan Asia Barat, Hamas bersetuju dengan perjanjian ini kerana ia tidak akan menjadi lebih baik. Ia hanya akan menjadi lebih teruk,” kata Trump.

Dua pegawai pentadbiran Trump berkata, Hamas masih belum menyatakan persetujuan berhubung perjanjian itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI