fbpx

Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Kamariah yang musnah terbakar di Kampung Chapu, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang ibu tunggal bersama tujuh ahli keluarganya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Chapu, di sini hari ini.

Kebakaran pada pukul 11 pagi itu disedari Kamariah Taib, 68, apabila terlihat api mulai marak di bahagian tengah rumahnya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Abdul Rahman Kamaruzzaman berkata, sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tentang kebakaran berkenaan.

“Api kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada pukul 12.53 tengah hari. Rumah tersebut musnah 100 peratus. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI