fbpx

Bekas peserta realiti TV ditangkap pancung teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMIKA (kiri) didakwa membunuh Julian (kanan). - Foto Polis Selatan Australia/Instagram@tamikachesser

SYDNEY – Seorang bekas peserta program realiti televisyen Australia ditangkap polis kerana disyaki memenggal kepala teman lelakinya, lapor portal berita The New Post semalam. 

Tamika Sueann-Rose Chesser, 34, yang merupakan bekas peserta program televisyen,  Beauty and the Geek Australia, didakwa dengan tuduhan membunuh.

Dia dikenakan pertuduhan membunuh dua hari selepas polis menemui mayat kekasihnya, Julian Story yang hangus dan kepala dipenggal di lantai bilik air sebuah apartmen di Port Lincoln, lapor akhbar The Telegraph. 

Polis membuat penemuan tu pada 17 Jun lalu selepas menerima aduan mengenai kebakaran kecil di kediaman tersebut.

“Saya secara tragis boleh menyatakan bahawa kami belum menemui kepala Julian Story,” kata pegawai polis, Superintendan Darren Fielke kepada pemberita.

Beliau berkata, motif kejadian masih tidak diketahui. 

Tamika ditahan, manakala kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah untuk pada Disember 2025. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI