fbpx

Pemandu mengamuk, ketuk kenderaan guna kayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menyerang sebuah kenderaan jenis Nissan dengan kayu. - Facebook

WASHINGTON – Seorang pemandu di Wisconsin, Amerika Syarikat mengamuk sebelum merosakkan kenderaan lain ketika kesesakan lalu lintas, lapor akhbar New York Post.

Dalam satu rakaman video, lelaki dikenali sebagai Mike Chaltry, keluar dari keretanya dalam keadaan marah sebelum memecahkan tingkap sebuah kenderaan Nissan berwarna putih menggunakan kayu.

Ia berlaku di pusat bandar Milwaukee, Selasa lepas.

Dalam suasana kecoh itu, pemandu Nissan dengan pantas memecut laju ke hadapan dan hampir melanggar Chaltry.

Chaltry tidak berdiam diri, sebaliknya dia mengejar kenderaan itu dan sempat mengetuk badan kereta itu beberapa kali sebelum pergelutan berakhir tanpa penyelesaian.

“Bukan saya yang mulakan dulu, lelaki itu memandu macam orang hilang akal,” katanya.

Menurut Chaltry, insiden tegang itu tercetus apabila pemandu Nissan berkenaan memandu dengan melulu dengan cuba memotongnya di lebuh raya sehingga kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar.

Polis menahan pemandu Nissan atas kesalahan memandu tanpa mempunyai insurans kereta,

Selain itu, Chaltry turut berdepan dakwaan berkelakuan tidak senonoh dan menyebabkan kerosakan harta benda. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI