fbpx
Usaha mengurangkan kadar kemalangan memerlukan penglibatan semua pihak termasuk pengguna jalan raya lain. – Gambar hiasan

Luahan pembaca: Rakam lagi banyak kesalahan pemandu lori, bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Saya sokong sepenuhnya tindakan pengguna jalan raya lain merakamkan video kesalahan pemandu lori dan bas.

Antara kesalahan yang patut dirakam seperti memotong garisan berkembar, memandu laju, melulu dan berbahaya, membawa barangan lebih muatan, berhenti di lorong kecemasan tanpa meletakkan tanda amaran dan menunjukkan isyarat lucah.

Selepas rakam, hantar sahaja rakaman tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pemandu terbabit.

Semakin ramai yang menjadi ‘mata-mata’ pihak berkuasa, semakin berkurangan pemandu lori dan bas yang berani melanggar peraturan jalan raya.

Bukan sengaja mencari kesalahan, tetapi ia demi kepentingan awam kerana pemandu bas misalnya membawa ramai penumpang, manakala pemandu lori pula berisiko mengancam ramai nyawa pengguna lain.

Tindakan seorang penumpang bas memarahi pemandu yang memandu laju baru-baru ini adalah wajar kerana jika ia dibiarkan bas itu berisiko terlibat dalam kemalangan.

Nyawa penumpang bas sekarang bukan hanya terletak kepada pemandu, sebaliknya penumpang juga perlu sentiasa berwaspada.

Cegah dahulu sebelum terkena adalah lebih baik daripada menanggung akibatnya yang lebih buruk.

Pengguna jalan raya
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN