fbpx

Umur 40 tahun tak perlu minum teh tarik, makan ayam goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Memasuki usia 40 tahun, bukan semua jenis makanan dan minuman sesuai untuk dinikmati kerana ia boleh menjejaskan kesihatan golongan tersebut.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsiannya berkata, segelas teh tarik boleh membuatkan jantung individu dalam kumpulan itu berdebar, perut mula menonjol dan sendi sakit meskipun tidak melakukan aktiviti berat.

“Dulu boleh berjaga malam, makan sesuka hati. Kini segelas teh tarik pun kadang buat jantung berdebar. Perut mula buncit, sendi mula terasa.

“Tapi kita terus bertahan, sebab hidup mesti diteruskan,” kata PHM menerusi hantaran di Facebook.

Perkongsian PHM di Facebook

Menurut PHM, antara makanan dan minuman yang wajar dikurangkan apabila usia mencecah 40 tahun adalah ayam goreng, keropok lekor, sosej, daging salai, kuih manis, teh tarik, kopi dan minuman boba.

“Jika hari ini terasa susah untuk tinggalkan ayam goreng, minuman manis atau makanan segera, tak mengapa. Mulakan perlahan, kurangkan sedikit demi sedikit.

“Bukan kerana kita tak boleh makan langsung, tapi tubuh kita sekarang memerlukan lebih kasih sayang,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI